Galeri

RakanCop Kelantan Banyak Bantu Polis Banteras Jenayah

KOTA BAHARU - Lebih 25,000 orang mendaftar sebagai RakanCop di Kelantan bagi membantu polis menangani kes jenayah di negeri ini, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Katanya mereka membantu menyalurkan maklumat kepada polis dalam menangani kes jenayah yang dilaporkan.

"Program ini banyak membantu kita dalam mendapatkan maklumat dan secara keseluruhannya 240 laporan dibuat oleh RakanCop setiap bulan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, pada Khamis.

Mazlan berkata RakanCop Kelantan yang dilancarkan pada Julai 2005, bertujuan mendapatkan seramai mungkin orang untuk menjadi "mata dan telinga" untuk membantu polis membanteras kes jenayah.

"Kejayaan program RakanCop sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat kepada masyarakat di negeri ini," katanya.-- BERNAMA

Archived Entries