RakanCOP

RakanCop merupakan program komuniti polis yang dilancarkan oleh PDRM di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2005 untuk membantu dalam membenteras jenayah di ibukota dan bandar-bandar lain di Malaysia. Objektifnya yang utama ialah untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan polis serta terlibat secara langsung dengan pencegahan jenayah.

Idea 'RakanCop' diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak Polis adalah elemen pelengkap kepada sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. RakanCop bererti rakan Polis. 'COP' adalah singkatan dari perkataan "Cooper" yang diberikan kepada anggota Polis. Di Amerika Syarikat, panggilan COP kepada Polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas dan ledih mesra digunakan.

RakanCop adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara Polis dan masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan org ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan berterusan.

Program RakanCop adalah bersifat "Community Oriented Policing" dan "Smart Partnership". Pendekatan ialah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai, terutamanya mereka yang terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi 'mata dan telinga' Polis disamping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.

Gandingan usahasama pihak Polis dan orang ramai di bawah naungan RakanCop untuk memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunakan sistem penyampai maklumat dua hala, iaitu Saluran HOTLINE dan SMS Polis dipasang di Pusat Kawalan Polis (CCC).

Semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan amat digalakkan untuk mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) untuk memudahkan Polis memyalurkan maklumat melalui CCC agar cepat dan tepat diterima oleh orang ramai. Interaksi pantas dua hala ini sudah pasti akan membantu komitmen PDRM untuk memberi respons dalam masa 15 minit sebaik menerima maklumat

Antara impak positif dari perlaksanaan program RakanCop adalah :-

   1. Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalanraya.

   2. Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

   3. Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

Harapan dari perlaksanaan RakanCop, pihak Polis dan orang ramai akan saling mengembeling tenaga untuk memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan. Kesemua lapisan masyarakat adalah RakanCop, lantas menjadi "mata dan telinga" pihak Polis. Kejayaan program RakanCop sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur.