Galeri

Program ‘RakanCop’ ditambah baik setelah berjaya bantu polis perangi jenayah
wawancara

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri shammuddin Tun Hussein (gambar) berkata perkara itu dapat dilihat daripada 1,538 laporan jenayah yang dihantar ahli RakanCop menerusi khidmat pesanan ringkas sepanjang bulan ini, sebanyak 1,013 telah diambil tindakan.

"Pihak polis yakin dengan kemampuan ahli-ahli RakanCop dalam menyalurkan maklumat serta mengambil tindakan segera terhadap setiap laporan yang dibuat... sumbangan ahli-ahli RakanCop amat penting dalam usaha menangani jenayah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan tinjauan mesra di kawasan perumahan Taman Jasmin, Senawang di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, sejajar dengan perbincangan yang dilakukan dalam makmal 2.0 Pelan Transformasi Kerajaan baru-baru ini, beberapa fokus akan diberikan terhadap usaha penambahbaikan dan pengukuhan program RakanCop.

Antaranya menambah bilangan ahli RakanCop, menambah perkakasan dan perisian komputer serta penyelarasan unit program itu, di samping memperhebatkan promosi Hishammuddin berkata, penambahbaikan itu amat penting terutama dalam menangani trend baru perlakuan jenayah dalam masyarakat.

"Dalam soal ini kita amat perlukan sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada setiap ahli dalam RakanCop yang berbeza-beza latar belakang, untuk bekerjasama dengan pihak polis," katanya.

Katanya, sejak diperkenalkan 2004, keahlian RakanCop kini hampir mencecah 500,000 orang seluruh negara dengan keahlian tertinggi di Perak, diikuti Kuala Lumpur dan Selangor.

Mengenai tinjauan mesra itu, Hishammuddin berkata ia bertujuan memperoleh sendiri maklumat daripada masyarakat mengenai keadaan sebenar dan permasalahan memerangi kejadian jenayah di tempat mereka.

"Di sini saya dapati keadaan kejiranan dan Kelab Rukun Tetangganya sangat bagus dalam melakukan pemantauan, cuma ada beberapa masalah yang kita kenal pasti seperti kawasan gelap, masalah pekerja asing, yang mana kita akan lihat nanti bagaimana untuk memastikan masyarakat di sini selesa," katanya. — Bernama

Recent Entries

Gelombang RakanCop
Sabtu, September 22, 2012

Archived Entries