Galeri

Gelombang RakanCop

Shah Alam, SELANGOR -- Hampir 800 ahli RakanCop menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ahli RakanCop anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada petang ini.

Majlis perjumpaan yang mengumpulkan ahli-ahli RakanCop yang menetap di kawasan Selangor ini bertujuan untuk memantapkan lagi penggunaan sistem RakanCop dalam mencegah jenayah.

Tan Sri Dato’ Seri Ismail b. Hj. Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya menyatakan RakanCop kini mempunyai 495,303 keahlian dari seluruh Malaysia dan di Selangor sahaja dengan 67,896 ahli.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid b. Abu Bakar Timbalan Ketua Polis Negara yang juga bekas Ketua Polis Selangor turut hadir bersama majlis ini.