Rakancop yang telah beroperasi di Malaysia sejak 3 tahun lalu telah mencapai matlamatnya di mana ia telah dilancarkan oleh polis KL pada September 2005 telah memberi satu impak kepada negara apabila ia dilancarkan secara rasmi di seluruh negara oleh Perdana Menteri kita, Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 April 2006 bertempat di Dataran Merdeka.baru-baru ini.
Dengan pelancaran Rakancop di peringkat nasional ini secara langsung ia telah membuka mata orang ramai tetang pentingnya menjadi mata dan teliga polis dengan mendaftar sebagai ahli Rakancop bagi membendung kadar jenayah di negara kita.
Perdana Menteri juga ada berkata sempena pelancaran Rakancop, jika rakyat bekerjasama rapat dengan polis, ia akan menjadi kekuatan yang akan menghalang dan menakutkan penjenayah.
Yang Berhormat juga berkata, “ Penjenayah juga tidak akan merasa senang lagi untuk melakukan jenayah kerana masyarakat telah menunjukkan sikap bencikan jenayah.
“Saya harap program Rakancop akan disambut baik oleh rakyat Malaysia supaya bertambah lagi kekuatan kita dalam memerangi jenayah” tambah Yang Berhormat Perdana Menteri.
Gandingan usahasama pihak polis dan orang ramai dibawah naungan Rakancop untuk memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunaan sistem platform mudah alih DAPAT yang membolehkan orang ramai menyalurkan aduan serta berhubungan terus dengan pihak polis dengan mudah dan cepat.
DAPAT adalah turutan mudah ingat untuk mewakili kod pendek 32728 bagi mengakses maklumat yang cukup berguna melalui SMS. Orang ramai hanya perlu menghantar SMS mengenai sebarang aduan yang berunsurkan jenayah kepada pihak polis dengan menekan butang pada telefon bimbit sahaja. Ia boleh digunakan untuk menghantar maklumat / aduan di mana saja, 24jam sehari, 7 hari seminggu. SMS DAPAT ini juga berintegrasi dengan semua syarikat penawar talian perkhidmatan telekomunikasi di talian 012, 013, 016, 017, 019.
Memandangkan penggunaan telefon bimbit menjangkau 17 juta, ini telah membuktikan bahawa kesedaran tentang teknologi SMS ini telah menjadi sebahagian dari keutamaan dalam kehidupan harian masyarakat kita. Oleh itu penggunaan sms dalam menyalurkan maklumat secara cepat, mudah dan murah merupakan satu pengenalan yang inovatif dalam membantu pihak polis menyediakan perkhidmatan yang cekap kepada orang ramai.
Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Yang Berhormat Tan Sri Mohd. Bakri Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, YB Datuk Seri Musa Hassan.
Di samping itu yang turut memberi sokongan padu di Majlis Pelancaran tersebut ialah Yang Berbahagia, Datuk Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi DAPAT Vista Sdn Bhd; Encik Sabri Ab Rahman, Presiden DAPAT Vista Sdn Bhd; Puan Norwati Abdul Razak, Eksekutif Naib Presiden DAPAT; Encik Tahir Othman, Pengarah Eksekutif DAPAT; Encik Azli Paat, Naib Presiden DAPAT; Encik Sonny Lim, Pengurus Besar Pemasaran DAPAT.
Oleh itu jalankan tanggungjawab anda bersama memerangi jenayah dengan mendaftar sekarang!

* Untuk mendaftar atau menghantar aduan kepada Polis di negeri berkenaan, taip POLIS dan diikuti dengan SMS ID NEGERI
DAPAT ialah cara mudah untuk mengingati 32728