

Sambutan Hari Kualiti Kementerian Keselmatan Dalam Negeri (KKDN) pada 22 November 2005 lalu menyaksikan kejayaan Rakan Cop mendapat pengiktirafan daripada KKDN secara rasmi apabila merangkul dua anugerah utama yang dipertandingkan pada majlis tersebut iaitu Anugerah Ketua Setiausaha (Inovasi) KKDN 2005 dan Anugerah Pameran Terbaik Hari Kualiti 2005. Majlis ini disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah diadakan di Auditorium KKDN Blok D8, Putrajaya.