Thursday, August 28, 2008
Register  |  Login
CAJ SMS POLIS ADUAN
Minimize
CAJ SMS POLIS ADUAN

HANYA CAJ MINIMA DIKENAKAN KEPADA AHLI RAKAN COP UNTUK PENGHANTARAN MAKLUMAT MELAUI SMS/MMS KE PIHAK POLIS.

 

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2006 – Caj penghantaran SMS berupa maklumat ke pihak Polis melalui kemudahan RAKAN COP telah diturunkan dari 50 sen ke caj biasa. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Ketenteraman Awam, Datuk Mustafa Abdullah., pada satu sidang akhbar yang dilakukan di Bukit Aman pagi ini.

 

Penurunan kadar caj penghantaran SMS ke tahap minima ini telah dipersetujui oleh pembekal kemudahan SMS RAKAN COP iaitu syarikat DAPAT Vista (M) Sdn Bhd. Mulai daripada hari ini semua penghantaran sms berbentuk aduan ke RAKAN COP hanya dikenakan caj minima seperti yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing. Namun caj minima ini akan hanya dinikmati apabila penghantar yang telah mendaftar untuk menjadi Ahli RAKAN COP.

 

Kos balasan yang dahulunya dikenakan caj 50 sen kepada penghantar kini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pembekal kemudahan SMS, DAPAT Vista (M) Sdn Bhd. Penurunan caj kepada kadar biasa ini adalah untuk mengalakkan orang ramai memberi lebih banyak maklumat kepada pihak Polis melalui cara penghantaran SMS.

 

Untuk mereka yang tidak menjadi Ahli RAKAN COP caj premium 50 sen masih lagi dikenakan. Kadar penurunan yang sama juga diberikan kepada penghantaran MMS ke pihak Polis melalui kemudahan RAKAN COP.

 

* * * * *

Untuk menjadi ahli kepada RAKAN COP, orang ramai boleh mendaftar melalui SMS dengan menaip:

 

RC  [negeri]  DAFTAR  [nama pengenalan]

hantar ke DAPAT | 32728

 

Contoh:

RC  KL  DAFTAR  Azli

 

* * * * *

 

 

 

Untuk menghantar maklumat kepada pihak Polis, mulakan SMS dengan perkataan POLIS  diikuti dengan negeri dimana maklumat tersebut hendak dihantar, tambahkan maklumat yang ingin dihantar dan hantarkan ke DAPAT | 32728.

 

POLIS[negeri]  [maklumat yang ingin dihantar]

hantar ke DAPAT | 32728

 

Contoh:

POLISKL saya melihat seorang perempuan diragut di Jalan Raja Laut sebentar tadi, no kenderaan peragut motosikal WWW4323 memecut menghala ke Dataran Merdeka

 

* * * * *

Maklumat yang sama juga boleh dihantar kepada Pihak Polis melalui MMS, untuk menghantar MMS kepada pihak Polis, mulakan MMS dengan:

 

POLIS[negeri]  [maklumat]

dan hantar ke mms@dapat.com

 

* * * * *

En. Azli Paat, Naib Presiden DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, berkata caj yang dikenakan kepada penghantar selepas ini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat DAPAT Vista. Langkah proaktif penangungan caj yang dikenakan ini adalah satu dari sumbangan DAPAT Vista kepada masyarakat bagi mempermudahkan lagi  maklumat untuk diantar kepada pihak Polis. Penghantaran maklumat melalui SMS ini ternyata amat berkesan dan dapat membantu pihak Polis didalam mengurangkan aktiviti jenayah.

 

* * * * *

Untuk sebarang pertanyaan mengenai RAKAN COP atau perkhidmatan SMS ADUAN POLIS, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan DAPAT di talian 03 – 5569 2840.

 

Polis Flyer.jpg